Wednesday, May 25, 2011

Berhati Kental & Berjiwa Besar.

Hari Ke 4...

Serius memenatkan, ntah ape mende la saya ni duduk layan sukan yang tiada orang pandang ini..bila masuk bab kejayaan ramai yang ingin tahu tapi bab sokongan moral kadang-kadang tidak dikisahkan langsung..Kalau kita cakap lebih-lebih orang cakap komplen..maka biarlah kita berSERAH jer k..

Serius berbeza kali ini ada orang juga zaman sekarang ini yang berani meluahkan perasaan dan pendapat secara terbuka.Dengan bimbangan yang sempurna InsyALLAH mereka akan menjadi lebih baik dan menyerlah kepimpinannya.

Membuat sesuatu cukup mudah dan memusnahkan juga amat mudah...Jadi kita kena fikirkan apa yang akan terjadi pada sesuatu keadaan bila keputusan telah dibuat..Wah..semakin barai dah mata nie..

Sambungan cerita..


Kelisa yang terdapat dalam sungai itu adalah kategori baka yang terbaik diseluruh dunia dan nilainya amat mahal.Ramai orang kampung cuba menjala dan memancing ikan-ikan tersebut tetapi malangnya tiada yang berjaya dalam keadaan tersebut...


Bersambung...

Monday, May 23, 2011

Satu Hari Yang Berlalu..

Assalamualaikum..

BLOGGING....MENULIS lebih kurang kot ntah la ape orang nak cakap..cuma saya tahu satu perkara didalam blogging kita boleh meluahkan dan memberi pandangan mengenai apa yang kita rasa sesuai dengan diri kita..Ingin mencapai sesuatu kejayaan tanpa satu usaha yang berterusan agak SUKAR tapi tidak mustahil kerana ia bukan berada dalam lingkungan kita sebenarnya.

Saya bercadang ingin hidup dengan membuat perkara penuh pengertian tetapi bukan bermakna saya nak buat kerja yang saya sahaja rasa berbaloi sahaja. Kadang-kadang saya suka menjadi seorang pembantu yang baik dan tidak merasakan ia satu bebanan pun.Semua perkara saya nak fikir cemuih ler...

Saya merasakan kita ada pilihan dalam setiap keadaan yang dihadapi tapi kita juga harus sedar yang setiap keputusan yang telah dibuat berdasarkan pilihan kita. : ) ...Susahkan bunyi nya...

Mari Bercerita...

Di Sebuah kampung yang berada dikawasan pendalaman mempunyai sebatang anak sungai yang amat jernih airnya dan penuh dengan ikan-ikan yang mahal harganya seperti kelisa,..


Bersambung....(line x clear)..

Wassalam..

Saturday, May 21, 2011

Sekadar Bercerita..

Assalamualaikum ..

Kehidupan di muka bumi ALLAH s.w.t adalah amat mudah kerana segala-galanya telah diberikan garis panduan dalam menjalani pekerjaan dan tanggungjawab tersebut cuma tepulang kepada kita untuk mengikuti atau mematuhi garis panduan tersebut.

Sukan Air


Pada peringkat permulaan saya hanya mengikuti sahaja sukan ini tiada sebarang minat pun sebab secara mata kasar ia adalah satu perkara yang memang memenatkan tetapi selepas mengikuti program sukan ini selama beberapa tahun saya ternampak satu perkara yang memang menarik dan menpunyai pengertian yang tinggi dalam kehidupan remaja pada masa kini.Malah ia memberikan saya semangat untuk berusaha mengekalkan sukan walau apa pun ujian yang mendatang dengan izin ALLAH S.W.T.

Saya memang tiada hak untuk mengubah mana-mana manusia dan juga keadaan yang berlaku dan lebih bagus jika saya berserah sambil berusaha untuk melaksanakan perkerjaan yang mempunyai pengertiaan.

Berikut adalah konsep latihan yang akan diterapkan dalam jiwa atlit sukan air,InsyALLAH mei ini.

Senaman terdiri kepada beberapa kategori mudah,setelah dibuat sedikit kajian dan pembacaan didapati ada beberapa method akan dilaksanakan dan ia sebenarnya menjurus kearah susun atur senaman tersebut serta memastikan kesan ia dapat di optimum kan.

1 - Renggangan
2 - Bebanan
3 - HIIT

Walaupun nampak mudah 3 tajuk ini ia merupakan method yang penting dalam memastikan keberjayaan satu program senaman.

INSYALLAH saya akan berceritakan mengenai keberkesanan program ini..