Friday, February 11, 2011

Adakah Anda Mampu Berubah?

Dari sudut kajian dan pemerhatian saya bila sebut mengenai PERUBAHAN...tidak kira daripada sudut apa sekali pun daripada menulis guna tangan kanan tukar ke tangan kiri,daripada guna kereta kecik ke kereta besar atau daripada pangkat yang besar atau kecil kebanyakkan kita ni tidak dapat menerimanya dengan baik.Walhal sesetengah pertukaran itu melibatkan kepentingan dan pembangunan bukan sesiapa tapi diri masing2.

Saya berpendapat bahawa manusia ini suka berada ditahap selesa atau lebih dikenali sebagai COMFORT ZONE .. Istilah ini secara umumnya gagal di fahami oleh mereka yang merasakan bahawa diri mereka betul dan tiada sedikit sifat keterbukaan yang dimana ia adalah salah satu ciri-ciri penting dalam memajukan diri kita sendiri..Mungkin anda tidak memahami maksud saya..KATAKAN ....

PADA satu hari saya ditukarkan ke satu tempat yang mana keadaan tidak bersesuaian dengan jiwa saya atau saya tidak boleh berkerjasama dengan rakan yang sedia ada..Maka saya ada 2 penyelesaian

Penyelesaian Pertama

Saya menentang arahan tersebut secara terbuka dan terus tanpa berfikir mengenai kesan dan impak pada pembangunan kerjaya .Kesan daripada tersebut saya diberikan kata dua supaya menerima arahan tersebut atau meninggalkan jawatan yang ada dan bekerja dimana yang boleh sesuai dengan kehendak saya.

Penyelesaian Kedua

Saya berbincang secara terbuka , memahami keadaan dan keperluan syarikat..dan berazam untuk memajukan dan memegang amanah yang diberikan oleh pihak pentadbiran malah saya kena menerima fakta dalam pekerjaan kita tidak boleh memilih dan menentukan kehendak kita.

Kesimpulan


Dalam kehidupan kita memang ada perubahan dan perubahan-perubahan ini lah menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi kehidupan yang akan datang,Kita boleh mengelak,menafikan atau berkata apa pun mengenainya tetapi kenyataan dan takdir telah ditentukan.kita ada pilihan dan pilihan itu yang membezakan hala tuju kita.

" KITA MERANCANG, ALLAH S.W.T YANG MENENTUKANNYA"

No comments:

Post a Comment