Sunday, February 20, 2011

PENGISIAN DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum,

Mungkin ramai merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh kami ini adalah salah satu kaedah untuk mendapat perhatian dan keuntungan daripada aktiviti dilakukan serta nasihat - nasihat yang diberikan bahkan mungkin ada yang merasakan bahawasa kami ini SYOK SENDIRI dalam menerap sahsiah atau nilai - nilai murni yang kini diabaikan dalam kehidupan kita sendiri.

Kami juga tidak lari daripada sikap buruk sangka,dengki serta sebagainya tetapi perbuatan kami hanyalah sekadar di bibir sahaja bah kan kami sentiasa berusaha untuk membuang dan menjauhi perkara-perkara tersebut daripada perbuatan kami dan kami tetap bersabar dalam menghadapi tekanan & ujian daripada mana-mana pihak yang tidak dapat menerima cara dan kaedah kami mendidik nilai-nilai murni .

Saya penulis ingin berkongsi kepada anda, berbaloi ke kami ini hantar anda pergi ke sebuah event antarabangsa untuk menghadapi kekalahan? dan berbaloi ke kami berusaha membantu anda dari sudut pengurusan dan sebagainya hanya untuk menjatuhkan atau menjahanamkan anda?

Ada sebab ALLAH S.W.T mengizinkan kami meneruskan perjuangan ini dan kami hanya cuba mengenangkan kembali serta berkongsi  sebarang ilmu yang kami ada tidak kira dari sudut kejuruteraan,politik,sukan dan macam-macam lagi."Pedang Jika DiASAH belakangnya akan menjadi TAJAM" .Peluang akan datang bila kita tidak bersedia dan juga tanpa pengorbanan tiada kejayaan.

Kami akan berusaha membantu mereka yang berminat dan sanggup untuk berjuang dijalan yang penuh dengan liku-liku ini sehingga beliau faham bahawasanya hidup ini bukan mengenai diri kita sahaja.Lambat atau cepat anda atau kita menyedari akan memberi kesan dalam kehidupan anda.

"PENGISIAN DALAM KEHIDUPAN:"

Sekian.

No comments:

Post a Comment